Tuesday, 22 April 2008

Empayar Islam Turki Usmaniyyah

Empayar Islam Turki Usmaniyyah(1300-1924) adalah khalifah Islam yang berpusat di Turki.Ia merupakan satu diantara tiga kekhalifahan besar.Dalam sejarah Islam, Empayar Islam Turki Usmaniyyah merupakan turutan khilafah besar setelah Empayar Islam dan Empayar Islam Abbasiyyah.

Empayar Islam Turki Usmaniyyah terdiri dari 39 sultan yang memerintah selama hampir 7 abad. Kaum Usmaniyyah adalah orang-orang Turki Orghuz yang berasal dari Asia Tengah dan menciptakan negara luas yang akhirnya mencakupi seluruh Eropah Tenggara sampai perbatasan utara Hungary, Anatolia, Timur Tengah hingga perbatasan Iran, pantai Mediterranean di Afrika Utara hingga hampir ke Lautan Atlantik (Maghribi) sehigga menguasai 2/3 dunia.

Pemerintahan Sultan Suleyman (1520 ~ 1566M) bermulanya puncak kekuasaan dan kemakmuran Usmaniyyah serta pengembangan tertinggi dalam sistem pemerintahan, sosial dan ekonomi.Sultan Suleyman bergelar Suleyman yang Agung kerana pada masa itu wilayah Empayar Islam Turki Usmaniyyah meliputi Algeria, Mesir, Hijaz, Armenia, Iraq, Asia Kecil, Balkan, Bulgaria, Bosnia, Greek, Hungary, Romania dan tiga laut iaitu Laut Merah, Laut Tengah dan Laut Hitam.

Kerana keluasan wilayahnya,Empayar Islam Turki Usmaniyyah menjadi yang kerajaan yang terkuat pada ketika itu.Dan setelah wafatnya Sultan Suleyman, Empayar Islam Turki Usmaniyyah mula lemah.Sultan-sultan yang menjadi penggantinya lemah dan tidak berwibawa dan disebabkan juga oleh sikap hidup mewah yang berlebihan dikalangan pembesar istana hingga banyak terjadi penyimpangan-penyimpangan.

Pada saat situasi dalam negeri semakin memburuk, negara- negara Eropah melancarkan serangan ke wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Empayar Islam Turki Usmaniyyah.
Terdapat banyak wilayah Empayar Islam Turki Usmaniyyah di Eropah membebaskan diri dari kekuasaan Usmaniyyah.Pada 1798M seorang jeneral dan ketua negara Perancis,Napoleon Bonarpate telah berjaya menguasai Mesir.

Sejak itu Empayar Islam Turki Usmaniyyah digelar The Sick Man of Europe kerana pemerintahannya dari hari ke hari semakin melemah.Pada mula-mulanya, penguasa Empayar Islam Turki Usmaniyyah dapat mengalahkan tentera-tentera Eropah.Tetapi selepas kewafatan Sultan Suleyman, mereka membiarkan wilayah nya dirampas oleh orang-orang Eropah,dimana Perancis merebut Algeria (1830) dan Tunisia (1881).Itali menakluk wilayah Empayar Islam Turki Usmaniyyah di Afrika Utara (1911) dan British menakluki Mesir (1882) dan Iraq(1917).

Kesempatan ini dipergunakan pula oleh wilayah lain untuk melepaskan diri dari kekuasaan Empayar Islam Turki Usmaniyyah, misalnya Romania, Greek, Bulgaria, Cyprus, Albania dan Macedonia. Dalam perkembangan selanjutnya Empayar Islam Turki Usmaniyyah terseret pada kancah Perang Dunia 1(World War 1) bersama dengan berpihak pada Jerman dan berakhir dengan kekalahan bagi pihak Jerman dan Turki.Pada masa inilah tampil Mustapha Kamal yang berusaha berjuang menyelamatkan Kerajaan Turki dan kehancuran total dan ekspansi Eropah.

Mustapha Kamal berusaha membentuk Majlis Agung (1920) dan ia terpilih sebagai ketuanya.Sebagai panglima pasukan Turki bahagian Selatan dan ketua Majlis Agung, Mustapha Kamal membuat satu sistem pemerintahan(sekular) dan akhirnya pada 1922 Majlis Agung dibawah pimpinan Mustapha Kamal memansuhkan jabatan Sultan.Ia kemudian mengishtiharkan Republik Turki pada 29 Oktober 1923.

Pada 1924 jabatan Khalifah juga dihapuskan dan Khalifah terakhir Abdul Majid II diusir dari Turki, maka tamatlah Khilafah Islamiyyah sejak saat itu.Turki pun menjadi Republik yang sekular sehingga hari ini.

Tidak perolehi apa yang anda inginkan?

Google
 

Subscribe Now

Add to Google Reader or HomepageSubscribe in NewsGator OnlineAdd to My AOLSubscribe in BloglinesAdd to Webwag

Add to Technorati Favorites